Friday, February 7, 2014

#1 Rehal Berkualiti

Boleh dijadikan tempat untuk membaca Al-Quran, meja untuk laptop, untuk kegunaan majlis akad nikah/perkahwinan, hiasan dan bermacam-macam lagi!

Kos penghantaran : RM5 (Semenanjung)

Pilihan rehal :
Putih ( corak bunga atau masjid)
Coklat ( ukiran bentuk masjid)
#Rujuk gambar di sidebar
      

Ledang Woodwork Marketing

Kami merupakan anak syarikat Ledang Woodworks Industries(LWI) yang bergerak untuk mencari pasaran di seluruh Malaysia. LWI merupakan perusahaan yang membuat barang perhiasan berasaskan kayu seperti congkak, rehal, cermin perhiasan, tempat gantung kunci, dan sebagainya.

Kami menawarkan harga yang lebih rendah memandangkan kami adalah wakil jualan terus dari kilang. Kami juga mengalu-alukan para pemborong, dan pengusaha kedai-kedai untuk mengambil terus dari kami, kerana kami menawarkan harga yang lebih rendah dengan tujuan untuk saling bantu membantu.

Syarikat kami telah melancarkan Program Mewakafkan Rehal 1 Malaysia dengan tujuan memartabatkan kembali Al-Quran sebagai mukjizat terus dari Rasulullah Muhammad S.A.W. Kami akan cuba sedaya upaya memastikan harga kami mampu dibeli oleh orang ramai agar setiap orang dapat bersedekah dan menanam sedikit pahala untuk dipetik hasilnya di akhirat kelak (Insyaallah )

Seperti mana yang kita tahu, akan terputus amal seseorang anak adam di dunia kecuali 3

1) Anak yang soleh

2) Amal Jariah (Harta yang DIWAKAFKAN)

3) Ilmu yang berguna



Produk Kami menggunakan kayu bermutu tinggi dan ukiran tangan khas. Kami akan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan, kerana tanpa anda, siapalah kami. Sokongan anda amat diperlukan, kerana setiap bantuan anda merupakan denyutan nadi syarikat kami untuk terus hidup dan beramal

PROGRAM WAKAF REHAL

Assalamualaikum W.b.t

Kami telah mencadangkan untuk menjalankan satu program yang akan membantu umat Islam untuk memartabatkan Al-Quran iaitu program mewakafkan Al-Quran. Pihak kami mendapati, banyak madrasah, masjid dan surau, pusat-pusat mengaji, rumah anak-anak yatim yang kekurangan rehal untuk mengaji. Mereka membaca Al-Quran dengan memegang atau meletakkan di atas bantal. 

Sebagai umat Islam, kita perlu sama-sama membantu para pembaca Al-Quran dan memuliakan Al-Quran itu sendiri.

Harga rehal yang tinggi dipasaran telah menyukarkan kebanyakkan tempat pengajian Al-Quran yang bermodal kecil seperti sekolah-sekolah pondok untuk mendapatkan rehal. Mereka bergantung kepada orang ramai yang mewakafkan rehal untuk kegunaan mereka. Oleh itu, kami menyediakan rehal yang berkualiti, ukiran yang menarik, dengan harga yang lebih rendah dipasaran. Ketinggian rehal juga bersesuaian dan selesa untuk membaca Al-Quran. Rehal ini juga sesuai dijadikan hadiah atau cenderahati memandangkan kekemasan dan ukiran yang berkualiti dan menarik.

Harga rehal berukir dipasaran adalah diantara RM 40 - RM 60 seunit. Namun, perusahaan kami yang merupakan hak milik penuh bumiputera yang beragama Islam serta pekerja telah bersepakat untuk sama-sama mengurangkan kos pengeluaran seunit dengan kualiti yang sama untuk merendahkan harga pasaran. 

Kami turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pengedar dengan menawarkan harga kilang. Pengedar juga dialu-alukan untuk menjayakan program mewakafkan rehal agar setiap umat Islam dapat menanam sedikit kebaikan untuk dipetik hasilnya di hari akhirat kelak (In Sha Allah) Semoga Usaha dan niat Ikhlas kami mendapat keberkatan dan diredhai Allah S.W.T.

Ledang Woodworks Industries

Assalamualaikum W.b.t

Ledang Woodworks Industries (LWI) (Co.no JR 0014602-V) yang bertapak di Kampung Hang Tuah, Sagil, Tangkak, Johor. Milik penuh bumiputera Islam. Membekal produk rehal,congkak,cermin,kerusi,meja,perabot,katil,berasaskan kayu.

Ledang Woodworks Industries telah bercadang untuk melancarkan satu program yang akan membantu umat Islam untuk memartabatkan Al-Quran iaitu program mewakafkan Rehal.Sama ada untuk umat Islam atau pun diri sendiri. Sebagai umat Islam, kita perlu sama-sama membantu para pembaca Al-Quran dan memuliakan Al-Quran itu sendiri

Rehal kami dikenali sebagai MyRehal dan boleh didapatkan secara online ataupun kedai kitab berhampiran anda.MyRehal adalah produk rehal berukir terulung di Malaysia dan semakin mendapat sambutan ramai.


Semoga Usaha dan niat Ikhlas kami mendapat keberkatan dan diredhai Allah S.W.T.

Wassalam.