Ledang Woodwork Marketing

Kami merupakan anak syarikat Ledang Woodworks Industries(LWI) yang bergerak untuk mencari pasaran di seluruh Malaysia. LWI merupakan perusahaan yang membuat barang perhiasan berasaskan kayu seperti congkak, rehal, cermin perhiasan, tempat gantung kunci, dan sebagainya.

Kami menawarkan harga yang lebih rendah memandangkan kami adalah wakil jualan terus dari kilang. Kami juga mengalu-alukan para pemborong, dan pengusaha kedai-kedai untuk mengambil terus dari kami, kerana kami menawarkan harga yang lebih rendah dengan tujuan untuk saling bantu membantu.

Syarikat kami telah melancarkan Program Mewakafkan Rehal 1 Malaysia dengan tujuan memartabatkan kembali Al-Quran sebagai mukjizat terus dari Rasulullah Muhammad S.A.W. Kami akan cuba sedaya upaya memastikan harga kami mampu dibeli oleh orang ramai agar setiap orang dapat bersedekah dan menanam sedikit pahala untuk dipetik hasilnya di akhirat kelak (Insyaallah )

Seperti mana yang kita tahu, akan terputus amal seseorang anak adam di dunia kecuali 3

1) Anak yang soleh

2) Amal Jariah (Harta yang DIWAKAFKAN)

3) Ilmu yang berguna



Produk Kami menggunakan kayu bermutu tinggi dan ukiran tangan khas. Kami akan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan, kerana tanpa anda, siapalah kami. Sokongan anda amat diperlukan, kerana setiap bantuan anda merupakan denyutan nadi syarikat kami untuk terus hidup dan beramal

Comments

Popular posts from this blog

MyRehal untuk semua

MyRehal + Dropshipper

#1 Rehal Berkualiti