Friday, February 7, 2014

PROGRAM WAKAF REHAL

Assalamualaikum W.b.t

Kami telah mencadangkan untuk menjalankan satu program yang akan membantu umat Islam untuk memartabatkan Al-Quran iaitu program mewakafkan Al-Quran. Pihak kami mendapati, banyak madrasah, masjid dan surau, pusat-pusat mengaji, rumah anak-anak yatim yang kekurangan rehal untuk mengaji. Mereka membaca Al-Quran dengan memegang atau meletakkan di atas bantal. 

Sebagai umat Islam, kita perlu sama-sama membantu para pembaca Al-Quran dan memuliakan Al-Quran itu sendiri.

Harga rehal yang tinggi dipasaran telah menyukarkan kebanyakkan tempat pengajian Al-Quran yang bermodal kecil seperti sekolah-sekolah pondok untuk mendapatkan rehal. Mereka bergantung kepada orang ramai yang mewakafkan rehal untuk kegunaan mereka. Oleh itu, kami menyediakan rehal yang berkualiti, ukiran yang menarik, dengan harga yang lebih rendah dipasaran. Ketinggian rehal juga bersesuaian dan selesa untuk membaca Al-Quran. Rehal ini juga sesuai dijadikan hadiah atau cenderahati memandangkan kekemasan dan ukiran yang berkualiti dan menarik.

Harga rehal berukir dipasaran adalah diantara RM 40 - RM 60 seunit. Namun, perusahaan kami yang merupakan hak milik penuh bumiputera yang beragama Islam serta pekerja telah bersepakat untuk sama-sama mengurangkan kos pengeluaran seunit dengan kualiti yang sama untuk merendahkan harga pasaran. 

Kami turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pengedar dengan menawarkan harga kilang. Pengedar juga dialu-alukan untuk menjayakan program mewakafkan rehal agar setiap umat Islam dapat menanam sedikit kebaikan untuk dipetik hasilnya di hari akhirat kelak (In Sha Allah) Semoga Usaha dan niat Ikhlas kami mendapat keberkatan dan diredhai Allah S.W.T.

No comments: